main tabs

Wednesday, October 1, 2014

MENGAPA TUNTUTAN TAKAFUL DITOLAK

ALHAMDULILLAH, kini senario telah berubah sedikit apabila masyarakat nampaknya semakin positif dan mula sedar kepentingan serta keperluan mempunyai takaful. Berdasarkan pengalaman saya, memang tidak dinafikan pernah berlaku di mana client tidak dapat membuat tuntutan/claim. Apabila berlaku perkara sebegini, mereka rasa tertipu dan seterusnya hilang kepercayaan terhadap takaful. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian MENGAPA PEMEGANG POLISI GAGAL MEMBUAT TUNTUTAN/CLAIM.

 5 sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/ ditanggung oleh pihak insuran/takaful :

 1. POLISI 'LAPSED

' Polisi 'lapsed' ini bermaksud, polisi tidak berkuatkuasa kerana tiada bayaran dibuat kepada pengendali takaful pada tarikh ataupun jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya perkara ini berlaku, pihak takaful tidak akan membayar segala tuntutan yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu tetapi disebabkan tabiat kita yang gemar mengambil mudah dan suka bertangguh menyebabkan polisi menjadi 'lapsed'. Seperkara lagi, apabila polisi dah 'lapsed', walaupun kita sambung semula bayaran, waktu menunggu untuk polisi berkuatkuasa semula adalah 30 hari. Andaikata sesuatu berlaku antara waktu menunggu tersebut, besar kemungkinan tuntutan anda ditolak atau tidak diluluskan. 

 2. MANFAAT/RIDER TIADA DALAM JADUAL POLISI

Ramai yang beranggapan apabila mereka mempunyai polisi takaful dan menganggap  "SEMUA DI TANGGUNG", Adalah lebih baik polisi itu difahami atau dapat kan penjelasan sepenuhnya dari wakil Takaful.


Sebagai contoh, kebanyakan polisi yang dimiliki orang ramai adalah jenis takaful hayat termasuk simpanan, elaun hospital dan penyakit kritikal. Apabila ditanya mengenai Medical Card, dengan penuh yakin mereka berkata "Saya Dah Ada", tetapi apabila diminta untuk menunjukkan Medical Card, mereka berkata "Semuanya ada dalam polisi". Untuk makluman anda polisi yang ada manfaat Medical Card, mesti disertakan dengan kad seperti ini :


3. GAGAL MENGISTIHARKAN PENYAKIT SEDIA ADA

Kegagalan client mengistiharkan tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh syarikat takaful. Sebagai contoh client pernah menjalani pembedahan akibat penyakit jantung, tetapi semasa membeli polisi beliau tidak mengistiharkan penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang sama, pihak insuran/ takaful tidak akan membayar bil tersebut.

4. PERLINDUNGAN BELUM BERMULA

Setiap insuran/takaful mempunyai tempoh menunggu (waiting Period) , dimana sekiranya dalam tempoh menunggu ini client disahkan menghidap penyakit kritikal, client tidak akan dilindungi. Waiting period ini selalunya adalah 120 hari.


5. PENGGUNAAN MANFAAT/RIDER TELAH MELEBIHI HAD YANG DITETAPKAN

Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi hospital & pembedahan adalah RM 60,000  sekeluarga  Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa membayar RM 10,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insuran/takaful hanya membayar RM60,000 sahaja


Nota: 
Syarikat insurans terikat dengan Akta Insurans 1996 dan dan begitu juga dengan syarikat takaful dibawah akta 1984 yang mana dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Jadi bukan mudah untuk syarikat insurans atau takaful tidak mahu membayar tuntutan anda.


Adopted fr: takafulfirayu(tq).