SKOP PERLINDUNGAN
1. | Bilik Dan Penginapan Hospital | |
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
penginapan dan makanan yang diperlukan dari segi perubatan. Jumlah
manfaat yang patut dibayar adalah bersamaan dengan caj sebenar yang
dikenakan oleh hospital ketika peserta dimasukkan ke hospital, tertakluk
kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital, sehingga maksimum
150 hari setiap tahun dan had-had seperti yang tertera dalam jadual
manfaat. Peserta hanya layak untuk manfaat ini apabila dimasukkan ke
hospital sebagai pesakit dalam wad.
Jika jumlah manfaat bilik hospital melebihi kadar
sebenar yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat, maka peserta akan
menanggung baki mengikut caj yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah
yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak.
2. Unit Rawatan Rapi (ICU)
Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan dan lazim yang ditanggung
untuk bilik dan penginapan sebenar yang diperlukan dari segi perubahan
ketika peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad di unit
rawatan rapi hospital. Jumlah manfaat yang patut dibayar adalah
bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital, tertakluk
kepada maksimum 60 hari setahun dan had-had seperti yang tertera dalam
jadual manfaat. Sekiranya tempoh kemasukan ke unit rawatan rapi telah
melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam jadual manfaat, pembayaran
balik akan terhad kepada kadar bilik dan penginapan hospital harian
yang biasa.
Tiada manfaat bilik dan penginapan hospital akan dibayar untuk tempoh kemasukan yang sama di mana manfaat harian unit rawatan rapi telah dibayar.
3. Bayaran Pakar Bedah
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk pembedahan yang
diperlukan dari segi perubatan oleh pakar, termasuk lawatan peserta oleh
pakar untuk penilaian sebelum pembedahan dan penjagaan selepas
pembedahan sehingga maksimum 30 hari dari tarikh pembedahan, tetapi
tidak melebihi had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Jika
terdapat lebih daripada satu pembedahan dijalankan untuk mana-mana satu
hilang upaya, jumlah pembayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan
tidak boleh melebihi jumlah maksimum seperti yang tertera dalam jadual
manfaat.
4. Bayaran Pakar Anestesia
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim oleh pakar anestesia
untuk pengurusan anestesia yang diperlukan dari segi perubatan,
tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
5. Bilik Bedah
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk dewan pembedahan
yang berkaitan dengan prosedur pembedahan yang diperlukan dari segi
perubatan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual
manfaat.
6. Perkhidmatan Dan Bekalan Hospital
Pembayaran balik caj biasa dan lazim yang ditanggung atas penjagaan am
sebenar yang diperlukan dari segi perubatan, dadah dan ubat-ubatan yang
ditetapkan dan digunakan, pembersihan dan pengubatan luka-luka, splin,
kas plaster, x-ray, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi,
ujian metabolism basal, suntikan dan penyelesaian intravena, pemberian
darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa
peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad, sehingga
had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
7. Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk lawatan pakar
perubatan yang diperlukan dari segi perubatan kepada pesakit dalam wad
sewaktu dimasukkan ke hospital untuk hilang upaya tanpa pembedahan
tertakluk kepada maksimum 2 lawatan sehari dan tidak melebihi tempoh
maksimum 150 hari setahun, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera
dalam jadual manfaat.
8. Perkhidmatan Diagnostik Pra-hospital |
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk elektrokardiogram
(ECG). x-ray dan ujian makmal yang diperlukan dari segi perubatan yang
dicadangkan oleh pengamal perubatan yang layak dan dijalankan di
hospital untuk tujuan diagnosis disebabkan oleh kecederaan atau penyakit
yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari sebelum
kemasukan hospital, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam
jadual manfaat. Tiada bayaran akan dibuat termasuk ubat-ubatan dan
rundingan yang dicaj oleh pengamal perubatan, jika semasa perkhidmatan
diagnosis, peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi
keadaan perubatan yang didiagnosis.
9. Manfaat Perundingan Pakar Pra-hospital
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk rundingan kali
pertama oleh pakar yang telah dicadangkan secara bertulis oleh pengamal
perubatan am yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari
sebelum kemasukan ke hospital, dengan syarat rundingan tersebut adalah
diperlukan dari segi perubatan dan tertakluk kepada had-had seperti yang
tertera di dalam jadual manfaat.
Tiada pembayaran akan dibuat untuk rawatan klinik
(termasuk ubat-ubatan dan rundingan yang berikutnya selepas penyakit
didiagnosis) atau di mana peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital
untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis.
10. | Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan |
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
rawatan sebagai pesakit luar yang diperlukan dari segi perubatan di
mana-mana klinik berdaftar atau hospital bagi kecederaan tubuh yang
dilindungi yang wujud akibat kemalangan, dalam tempoh 24 jam dari
kemalangan tersebut dan tertakluk kepada had-had seperti yang tertera
dalam jadual manfaat. Rawatan susulan oleh doktor yang sama atau klinik
berdaftar atau hospital yang sama untuk kecederaan badan yang dilindungi
adalah disediakan sehingga tempoh maksimum 30 hari dari tarikh
kemalangan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual
manfaat.
11.
Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
rawatan susulan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar perubatan
yang sama untuk hilang upaya tanpa pembedahan, dalam tempoh 30 hari
serta-merta berikutan keluar dari hospital dan tertakluk kepada had
seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Ini termasuk ubat-ubatan yang
dipreskripsikan dalam rawatan susulan tetapi tidak boleh melebihi
bekalan yang diperlukan untuk tempoh maksimum 30 hari dari tarikh keluar
dari hospital.
12 Yuran Ambulans
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
perkhidmatan ambulans tempatan (termasuk atendan) ke dan/atau dari
hospital yang dimasukkan. Tiada bayaran akan dibuat jika peserta tidak
dimasukkan ke hospital dan adalah tertakluk kepada had-had seperti yang
tertera dalam jadual manfaat.
13. Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
Pembayaran elaun tunai harian untuk setiap hari kemasukan hospital di
hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi, jika
peserta dimasukkan ke dalam bilik dan penginapan dengan kadar yang tidak
melebihi jumlah dan had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat,
sehingga tempoh maksimum 150 hari setiap tahun. Tiada pembayaran akan
dibuat bagi sebarang pemindahan ke atau dari sesebuah hospital swasta
dan hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi.
14. Rawatan Kanser Pesakit-luar
Jika peserta didiagnosis dengan
kanser seperti yang didefinisikan, kami akan membayar balik caj yang
berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan kanser yang
diperlukan dari segi perubatan di pusat rawatan kanser yang berdaftar
secara sah, tertakluk kepada had bagi hilang upaya ini seperti yang
tertera di dalam jadual manfaat.
Rawatan sedimikian (radioterapi atau kemoterapi, tidak
termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang)
mestilah diterima di jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat
rawatan kanser berdaftar sejurus selepas peserta dibenarkan keluar dari
hospital atau pembedahan.
Kanser tersebut mestilah disahkan dengan bukti malignan secara histologi. Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan:
(a) Karsinoma in situ termasuk serviks;
(b) Karsinoma in situ duktus pada payu dara;
(c) Karsinoma papilari pundi dan kanser prostat tahap 1;
(d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
(e) Penyakit Hodgkin tahap 1; dan
(f) Ketumbuhan yang dimanifestasikan akibat komplikasi AIDS.
(b) Karsinoma in situ duktus pada payu dara;
(c) Karsinoma papilari pundi dan kanser prostat tahap 1;
(d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
(e) Penyakit Hodgkin tahap 1; dan
(f) Ketumbuhan yang dimanifestasikan akibat komplikasi AIDS.
Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun
terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan
dibayar bagi mana-mana peserta yang pernah didiagnosis sebagai pesakit
kanser dan/atau sedang menerima rawatan kanser sebelum tarikh manfaat
bermula.
15. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit-luar
Jika peserta didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang seperti yang
ditakrifkan, kami akan membayar balik caj yang berpatutan dan lazim yang
ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang diperlukan dari
segi perubatan di pusat rawatan dialisis yang berdaftar secara sah,
tertakluk kepada had bagi hilang upaya seperti yang tertera dalam jadual
manfaat.
Rawatan sedemikian (dialisis tidak termasuk rundingan,
ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang) mestilah diterima di
jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat rawatan dialisis yang
berdaftar sejurus selepas dibenarkan keluar dari kemasukan hospital atau
pembedahan.
Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun
terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan
dibayar bagi mana-mana peserta yang telah mengalami penyakit buah
pinggang yang kronik dan/atau sedang menerima rawatan dialisis sebelum
tarikh manfaat bermula.
16. Transplan Organ
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
pembedahan pemindahan yang diperlukan dari segi perubatan bagi peserta
sebagai penerima bagi pemindahan buah pinggang, jantung, hati atau
sumsum tulang. Bayaran bagi manfaat ini hanya untuk sekali sahaja seumur
hidup peserta dan tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam
jadual manfaat. Kos bagi mendapatkan organ dan semua kos yang ditanggung
oleh penderma adalah tidak dilindungi.
17. Cukai Perkhidmatan Kerajaan
Pembayaran balik cukai kerajaan 6% ke atas caj sebenar bilik dan penginapan tertakluk kepada had manfaat harian maksimum sebagaimana dinyatakan di dalam jadual manfaat.
18. | Pembayaran Balik Yuran Laporan Perubatan |
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk
yuran laporan perubatan bagi rawatan yang diperlukan dari segi perubatan
berkenaan dengan hilang upaya yang dilindungi semasa kemasukan
hospital, prosedur pembedahan harian atau rawatan kecemasan kemalangan
peserta, tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual
manfaat.