Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki
diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai
matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan
menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa. Dengan Program
Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA, hidup anda terurus bagaikan
sudah menyediakan payung sebelum hujan.
Program Perlindungan Kemalangan Diri
CUEPACSPA telah direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi
perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan
mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam.
Program Perlindungan Kemalangan Diri
CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan
anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga
RM440,000.
ASPIRASI PERDANA MENTERI
Saya sokong inisiatif CUEPACS bersama Medicare dan bersetuju untuk Kerajaan membantu kesinambungan Program CuepacsCare demi kebajikan Warga Penjawat Awam.
Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia
Semasa Mesyuarat Program CuepacsCare di Pejabat Perdana Putra, Putrajaya
pada 21hb Disember 2010
CUEPACS kini telah memperkenalkan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA)
yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri.
Skim perlindungan ini adalah dengan kerjasama
CIMB Aviva Takaful Berhad.
Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, seseorang individu itu berkemungkinan akan mendapat
kemalangn atau kecederaan semasa atau di luar
waktu bertugas. Melalui Pelan Perlindungan
Kemalangan CUEPACS ini, ianya akan dapat
membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa
kemalangan atau musibah tertentu dari segi
meringankan bebanan kewangan.
Memandangkan sumbangan perlindungan ini tidak
membebankan,maka saya berharap seluruh Anggota
Sektor Awam akan merebut peluang keemasan ini
untuk melindungi diri sendiri serta keluarga
tersayang.
Dato’ Hj. Omar Bin Hj. Osman, DBNS, PPN, ANS
Bekas Presiden CUEPACS
Bekas Presiden CUEPACS