main tabs

Tuesday, September 24, 2013

Pengenalan







Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit. 

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama SUN LIFE MALAYSIA Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB Aviva Takaful Berhad) dan Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.



...........................................................................................................................................................................................................................................................................
ASPIRASI PERDANA MENTERI
.............................................................................................................................................................................................................................................................................


"Kerajaan Malaysia menyokong usaha CUEPACS dalam membantu kebajikan Warga Penjawat Awam melalui Program Takaful Penghospitalan & Pembedahan CUEPACSCARE."


Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pada 1hb Mei 2014
Sempena Hari Pekerja Tahun 2014
Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman