main tabs

Tuesday, September 24, 2013

Utusan Presiden CUEPACS


Terlebih dahulu, saya ingin merafak setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas persetujuan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kerana telah bersetuju menanggung bersama kenaikan kos perubatan Program CUEPACSCARE untuk Penjawat Awam. Keputusan ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa kerajaan pimpinan YAB telah menjana sumbangan yang cemerlang ke arah kesejahteraan hidup Penjawat Awam negara. Keputusan ini juga pastinya mendasari elemen ketelusan, keikhlasan serta keprihatinan mendalam yang menjadi kayu pengukur produktiviti Penjawat Awam ditingkatkan.Saya berdoa agar budi Y.A.B. sentiasa dirahmati dan kerajaan yang terus bersama rakyat. 

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare diperkenalkan oleh CUEPACS untuk memastikan Warga Penjawat Awam mendapat rawatan pakar dengan serta-merta di hospital pakar swasta dengan kadar sumbangan yang dimampui semua. Sehingga kini, lebih 44,000 Warga Penjawat Awam telah menerima rawatan di hospital pakar swasta melalui Program Takaful CuepacsCare dengan jumlah tuntutan yang telah menjangkau RM106,000,000.00.

Adalah menjadi harapan saya agar Warga Penjawat Awam akan terus menyertai Program Takaful CuepacsCare untuk melindungi kesihatan keluarga mereka dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Encik Azih Muda
Presiden CUEPACS