main tabs

Thursday, September 26, 2013

Brochure


PENGUMUMAN PENTING : 


Para Pelanggan Yang Dihormati,

Ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Perjanjian Takaful. Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan Takaful ini sila rujuk kepada Perjanjian Takaful.

________________19 Ogos 2013_______________

Kami ingin memaklumkan bahawa
pada 19 Ogos 2013, CIMB Aviva Assurance Berhad dan CIMB Aviva Takaful Berhad
telah BERTUKAR NAMA kepada
Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan
Sun Life Malaysia Takaful Berhad.














 =========================================================













Wednesday, September 25, 2013

Penyertaan




HAD UMUR PENYERTAAN

Pemohon dan Pasangan - layak untuk memohon dari umur 18 tahun hingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. 

Anak Pemohon - dilindungi dari umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun *jika masih belum berkahwin dan belajar sepenuh masa di Malaysia.







HAD UMUR PERLINDUNGAN


Perlindungan tamat pada hari jadi ke 70 untuk pemohon dan pasangan, serta 23 tahun untuk anak pemohon.


JADUAL SUMBANGAN




Nota-nota :
1. Perlindungan hanya berkuatkuasa lima belas (15) hari selepas sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS dan bukan dari tarikh potongan pertama.
2. Sumbangan akan diubah setiap tahun berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan, kadar inflasi perubatan dan faktor-faktor lain yang berkenaan.
3. Sumbangan adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulangtahun sijil.
4. Yuran Wakalah kepada Sun Life Malaysia sebanyak 25% akan dipotong daripada sumbangan yang dibayar.

 CARA PENYERTAAN


Perkara berikut harus difahami dengan teliti sebelum menyertai :
1. Penggunaan Kad CuepacsCare
2. Jadual Manfaat Kontrak Peserta & Keluarga
3. Jenis Rawatan Yang Dilindungi
4. Skop Perlindungan
5. Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi dalam 120 Hari Pertama
6. Pengecualian
Cara penyertaan :
Penyertaan Secara Bayaran Bulanan
Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa
1. Lengkapkan Borang CuepacsCare.
2. Lengkapkan Borang BPA 1/79 (Biro Angkasa) dan dapatkan pengesahan majikan.
Dapatkan Borang Biro Angkasa di Jabatan anda atau hubungi / email kepada kami  untuk *memohon. (Sila nyatakan nama, no telefon dan alamat)
3. Sertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (pemohon sahaja).


Nota Penting :
Perlindungan hanya berkuatkuasa lima belas (15) hari selepas sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS dan bukan dari tarikh potongan pertama.

















Skop Perlindungan


 SKOP PERLINDUNGAN







1. Bilik Dan Penginapan Hospital



Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk penginapan dan makanan yang diperlukan dari segi perubatan. Jumlah manfaat yang patut dibayar adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital ketika peserta dimasukkan ke hospital, tertakluk kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital, sehingga maksimum 150 hari setiap tahun dan had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Peserta hanya layak untuk manfaat ini apabila dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad. 

Jika jumlah manfaat bilik hospital melebihi kadar sebenar yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat, maka peserta akan menanggung baki mengikut caj yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak.


2. Unit Rawatan Rapi (ICU)

 Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk bilik dan penginapan sebenar yang diperlukan dari segi perubahan ketika peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad di unit rawatan rapi hospital. Jumlah manfaat yang patut dibayar adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital, tertakluk kepada maksimum 60 hari setahun dan had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Sekiranya tempoh kemasukan ke unit rawatan rapi telah melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam jadual manfaat, pembayaran balik akan terhad kepada kadar bilik dan penginapan hospital harian yang biasa.

Tiada manfaat bilik dan penginapan hospital akan dibayar untuk tempoh kemasukan yang sama di mana manfaat harian unit rawatan rapi telah dibayar.





3. Bayaran Pakar Bedah

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk pembedahan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar, termasuk lawatan peserta oleh pakar untuk penilaian sebelum pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan sehingga maksimum 30 hari dari tarikh pembedahan, tetapi tidak melebihi had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Jika terdapat lebih daripada satu pembedahan dijalankan untuk mana-mana satu hilang upaya, jumlah pembayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan tidak boleh melebihi jumlah maksimum seperti yang tertera dalam jadual manfaat.



4. Bayaran Pakar Anestesia

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim oleh pakar anestesia untuk pengurusan anestesia yang diperlukan dari segi perubatan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.



5. Bilik Bedah

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk dewan pembedahan yang berkaitan dengan prosedur pembedahan yang diperlukan dari segi perubatan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.


6. Perkhidmatan Dan Bekalan Hospital

Pembayaran balik caj biasa dan lazim yang ditanggung atas penjagaan am sebenar yang diperlukan dari segi perubatan, dadah dan ubat-ubatan yang ditetapkan dan digunakan, pembersihan dan pengubatan luka-luka, splin, kas plaster, x-ray, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolism basal, suntikan dan penyelesaian intravena, pemberian darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad, sehingga had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.



7. Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk lawatan pakar perubatan yang diperlukan dari segi perubatan kepada pesakit dalam wad sewaktu dimasukkan ke hospital untuk hilang upaya tanpa pembedahan tertakluk kepada maksimum 2 lawatan sehari dan tidak melebihi tempoh maksimum 150 hari setahun, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.

8. Perkhidmatan Diagnostik Pra-hospital


Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk elektrokardiogram (ECG). x-ray dan ujian makmal yang diperlukan dari segi perubatan yang dicadangkan oleh pengamal perubatan yang layak dan dijalankan di hospital untuk tujuan diagnosis disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan hospital, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Tiada bayaran akan dibuat termasuk ubat-ubatan dan rundingan yang dicaj oleh pengamal perubatan, jika semasa perkhidmatan diagnosis, peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis. 

9. Manfaat Perundingan Pakar Pra-hospital


Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk rundingan kali pertama oleh pakar yang telah dicadangkan secara bertulis oleh pengamal perubatan am yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan ke hospital, dengan syarat rundingan tersebut adalah diperlukan dari segi perubatan dan tertakluk kepada had-had seperti yang tertera di dalam jadual manfaat.

Tiada pembayaran akan dibuat untuk rawatan klinik (termasuk ubat-ubatan dan rundingan yang berikutnya selepas penyakit didiagnosis) atau di mana peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis.


10. Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan sebagai pesakit luar yang diperlukan dari segi perubatan di mana-mana klinik berdaftar atau hospital bagi kecederaan tubuh yang dilindungi yang wujud akibat kemalangan, dalam tempoh 24 jam dari kemalangan tersebut dan tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Rawatan susulan oleh doktor yang sama atau klinik berdaftar atau hospital yang sama untuk kecederaan badan yang dilindungi adalah disediakan sehingga tempoh maksimum 30 hari dari tarikh kemalangan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.

11. Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan susulan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar perubatan yang sama untuk hilang upaya tanpa pembedahan, dalam tempoh 30 hari serta-merta berikutan keluar dari hospital dan tertakluk kepada had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Ini termasuk ubat-ubatan yang dipreskripsikan dalam rawatan susulan tetapi tidak boleh melebihi bekalan yang diperlukan untuk tempoh maksimum 30 hari dari tarikh keluar dari hospital.

12 Yuran Ambulans


Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk perkhidmatan ambulans tempatan (termasuk atendan) ke dan/atau dari hospital yang dimasukkan. Tiada bayaran akan dibuat jika peserta tidak dimasukkan ke hospital dan adalah tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.

13. Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan



Pembayaran elaun tunai harian untuk setiap hari kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi, jika peserta dimasukkan ke dalam bilik dan penginapan dengan kadar yang tidak melebihi jumlah dan had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat, sehingga tempoh maksimum 150 hari setiap tahun. Tiada pembayaran akan dibuat bagi sebarang pemindahan ke atau dari sesebuah hospital swasta dan hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi.

14. Rawatan Kanser Pesakit-luar


Jika peserta didiagnosis dengan kanser seperti yang didefinisikan, kami akan membayar balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan kanser yang diperlukan dari segi perubatan di pusat rawatan kanser yang berdaftar secara sah, tertakluk kepada had bagi hilang upaya ini seperti yang tertera di dalam jadual manfaat.

Rawatan sedimikian (radioterapi atau kemoterapi, tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang) mestilah diterima di jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat rawatan kanser berdaftar sejurus selepas peserta dibenarkan keluar dari hospital atau pembedahan.
Kanser tersebut mestilah disahkan dengan bukti malignan secara histologi. Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan:

(a) Karsinoma in situ termasuk serviks;
(b) Karsinoma in situ duktus pada payu dara;
(c) Karsinoma papilari pundi dan kanser prostat tahap 1;
(d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
(e) Penyakit Hodgkin tahap 1; dan
(f) Ketumbuhan yang dimanifestasikan akibat komplikasi AIDS.

Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan dibayar bagi mana-mana peserta yang pernah didiagnosis sebagai pesakit kanser dan/atau sedang menerima rawatan kanser sebelum tarikh manfaat bermula.


15. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit-luar

Jika peserta didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang seperti yang ditakrifkan, kami akan membayar balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang diperlukan dari segi perubatan di pusat rawatan dialisis yang berdaftar secara sah, tertakluk kepada had bagi hilang upaya seperti yang tertera dalam jadual manfaat.

Rawatan sedemikian (dialisis tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang) mestilah diterima di jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat rawatan dialisis yang berdaftar sejurus selepas dibenarkan keluar dari kemasukan hospital atau pembedahan.

Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan dibayar bagi mana-mana peserta yang telah mengalami penyakit buah pinggang yang kronik dan/atau sedang menerima rawatan dialisis sebelum tarikh manfaat bermula.



16. Transplan Organ

 Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk pembedahan pemindahan yang diperlukan dari segi perubatan bagi peserta sebagai penerima bagi pemindahan buah pinggang, jantung, hati atau sumsum tulang. Bayaran bagi manfaat ini hanya untuk sekali sahaja seumur hidup peserta dan tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat. Kos bagi mendapatkan organ dan semua kos yang ditanggung oleh penderma adalah tidak dilindungi.


17. Cukai Perkhidmatan Kerajaan

Pembayaran balik cukai kerajaan 6% ke atas caj sebenar bilik dan penginapan tertakluk kepada had manfaat harian maksimum sebagaimana dinyatakan di dalam jadual manfaat.


18.Pembayaran Balik Yuran Laporan Perubatan

Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk yuran laporan perubatan bagi rawatan yang diperlukan dari segi perubatan berkenaan dengan hilang upaya yang dilindungi semasa kemasukan hospital, prosedur pembedahan harian atau rawatan kecemasan kemalangan peserta, tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.

JADUAL MANFAAT KONTRAK PESERTA & KELUARGA





JENIS RAWATAN YANG DILINDUNGI


JENIS PERLINDUNGAN




 









Senarai Hospital Panel Pakar Swasta

Berikut adalah senarai-senarai hospital pakar panel di seluruh Malaysia dengan
mengemukan kad CUEPACSCare sahaja:
(Nota: Boleh juga berurusan dengan bukan panel cuma kena bayar dahulu & membuat  tuntutan dengan CUEPACSCare).


Talian Hotline : 03 3374 6268
KUALA LUMPUR

1.
Al-Islam Specialist Hospital 2
No.85, Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Tel : 03-26931007 Faks : 03-26986711
3.
Damai Service Hospital (HQ) 4.
115-110 Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel : 03-40434900 Faks : 03-40435399
5.
Damai Service Hospital – Melawati 6.
Lot 9132 & 9133 Jalan Bandar 4
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41089900 Faks : 03-41089388
7.
Lourdes Medical Centre 8.
244 Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel : 03-40425335 Faks : 03-40420479
9.
Taman Desa Medical Centre 10.
45 Jalan Desa, Taman Desa
Off Jalan Kelang Lama, 58100 K. Lumpur
Tel : 03-79826500 Faks : 03-79820705
SELANGOR

1.
Arunamari Specialist Medical Centre 2.
No 168 Jalan Batu Unjur 1, Bayu Perdana
41200 Klang, Selangor
Tel : 03-33243288 Faks : 03-33243218
3.
Pantai Hospital Klang 4.
42 Persiaran Raja Muda Musa
41100 Klang, Selangor
Tel : 03-33725222 Faks : 03-33715705
5.
Kelana Jaya Medical Centre 6.
No 1 FAS Business Avenue
Jalan Perbandaran SS7, 47301 Kelana Jaya
Tel : 03-78052111 Faks : 03-78063505
7.
Shah Alam Medical Centre 8.
No 4-12 Jalan Nelayan 19/B
40300 Shah Alam
Tel : 03-55485161 Faks : 03-55410503
9.
Sime Darby Medical Centre 10.
1 Jalan SS 12/1A
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 Faks : 03-56306177
11.
Sentosa Specialist Hospital 12.
No 27-29 Lorong Temenggong
Off Jalan Sungai Jati, 41200 Klang
Tel : 03-51628814 Faks : 03-51628816

13.
Columbia Asia Bukit Rimau 14.
3, Jalan Anggerik Eria, Bukit Rimau
Seksyen 32, 40460 Shah Alam
Tel : 03-5125 9999 Faks : 03-5125 9988

15.
KPJ Klang Specialist Hospital
No. 102, Persiaran Rajawali KU1
Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
Tel : 03-3377 7888 Faks :03-3377 7800
NEGERI SEMBILAN

1.
Columbia Asia Hospital2.
No 292 Jalan Haruan 2
Oakland Commercial Park, 70300 Seremb an
Tel : 06-6011988 Faks : 06-6011848
Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemor, Kompleks Damai
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-40437166 Faks : 03-40437761

Tung Shin Hospital102 Jalan Pudu
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-20724367 Faks : 03-20700345

Hospital Pantai Ampang
Jalan Perubatan 1, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-42892828 Faks : 03-42892829

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan 1/96A, Taman Cheras Makmur
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-91322022 Faks : 03-91320687

UKM Specialist Centre
7th Floor, UKM Medical Centre (UKMMC)
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel : 03-9145 6282 Faks : 03-9171 2837
Admission/Discharge : 03-9145 6268 /

03-9171 4778

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet
41000 Klang, Selangor
Tel : 03-33733636 Faks : 03-33736888

KPJ Kajang Specialaist HospitalLot 3276, Batu 14, Jalan Cheras
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-87692999 Faks : 03-87692908

Sunway Medical Centre
No.5 Jalan Lagoon Selatan
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
Tel : 03-74919191 Faks : 03-74910242

Kajang Medical Centre

7 & 9 Jalan MJ/3, Taman Majlis Jaya
Sungai Chua, 43000 Kajang
Tel : 03-87360631 Faks : 03-87375630

Kajang Plaza Medical Centre
36 A-C Jalan Dato’ P.Alagendra 2
Kajang Plaza, 43000 Kajang
Tel : 03-87397077 Faks : 03-87393033

KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1,
Seksyen 20, 40300 Shah Alam
Tel : 03-5543 1111 Faks : 03-5543 2222

Tropicana Medical Centre

11, Jalan Teknologi,
Taman Sains Selangor 1, PJU 5
Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
Tel : 03-6287 1111 Faks : 03-6287 1212

KPJ Seremban Specialist
Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1
Kemayan Square, 70200 Seremban
Tel : 06-7677800 Faks : 06-7675900

3.
N.S. Chinese Maternity Hospital
Lot 3900, Jalan Tun Dr Ismail
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7622104 Faks : 06-7630105
MELAKA

1. Putra Specialist Hospital Melaka
(The Southern Hospital)
169 Jalan Bendahara, 75100 Melaka
Tel : 06-2835888 Faks : 06-2813205
2.
JOHOR
1. Putra Specialist Hospital (B.P)
No 1 Jalan Peserai
83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4133333 Faks : 07-4137333
2.
3. Puteri Specialist Hospital
33 Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5)
80000 Johor Bahru
Tel : 07-2233377 Faks : 07-2238833
4.
5. Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi
6.

Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4338811 Faks : 07-4331881

7.
Hospital Penawar
No. 17 & 18, Pusat Perniagaan Pasir Gudang,
81700 Pasir Gudang
Tel : 07-2521800 Faks : 07-2553412
PAHANG

1.
Kuantan Medical Centre 2.
No 1 Jalan Tun Ismail 9
25000 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5142828 Faks : 09-5147688
TERENGGANU

1.
Kuala Terengganu Specialist Hospital
No 443B Jalan Kamaruddin
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel : 09-6245353 Faks : 09-6265211
KELANTAN

1.
Kota Bharu Medical Centre 2.
PT 179-184 Jalan Sultan Yahya Petra
Lundang, 15200 Kota Bharu
Tel : 09-7433399 Faks : 09-7478271
3.
Pusat Rawatan Islam An-Nisa 4.
JKR 284 Jalan Sultan Ibrahim
15050 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7414444 Faks : 09-7414443
KEDAH

1.
Kedah Medical Centre 2.
Pumpong, 05250 Alor Star
Kedah
Tel : 04-7308878 Faks : 04-7332869
3.
Hospital Pantai Sungai Petani
1 Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Faks : 04-4428889
Hospital Pantai Ayer Keroh
No 2418-1, KM 8
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : 06-2319999 Faks : 06-2313299

KPJ Johor Specialist Hospital
No 39-B Jalan Abdul Samad
80100 Johor Bahru
Tel : 07-2253000 Faks : 07-2248213

Pusat Pakar Kluang Utama Sdn Bhd
No 1 Susur 1 Jalan Besar

86000 Kluang, Johor
Tel : 07-7718999 Faks : 07-7728999

KEMPAS Medical Centre
Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru
81200 Johor Bharu
Tel : 03-3377 7888 Faks :03-3377 7800

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar
25250 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5678588 Faks : 09-5678098


Hospital Pakar Perdana
Lot PT 37 & 600 Seksyen 14
Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu
Tel : 09-7458000 Faks : 09-7472877


Pusat Rawatan Komuniti
PT 537 Taman Murni
Jln Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru
Tel : 09-7746076 Faks : 09-7746078

Putra Medical Centre
888 Jalan Sekerat Off Jalan Putra
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Faks : 04-7348882

PULAU PINANG

1.
Penang Adventist 2. Hope Children Hospital
465 Jalan Burma 25-B, C & D Jalan Gottlie
10350 Pulau Pinang 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Faks : 04-2278512 Tel : 04-2286557 Faks : 04-2286559
3.
Tanjung Medical Centre 4. KPJ Penang Specialist Hospital
No 473 Jalan Burmah 565 Jalan Sg Rambai
10350 Pulau Pinang 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai
Tel : 04-2262323 Faks : 04-2299008 Tel : 04-5486688 Faks : 04-5486700
PERAK

1.
Hospital Fatimah 2. Apollo Medical Centre
1 Leboh Chew Peng Loon 271 Jalan Taming Sari
Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak 34000 Taiping, Perak
Tel : 05-5455777 Faks : 05-5477050 Tel : 05-8056000 Faks : 05-8076000
3.
Kinta Medical Centre 4. Larut Medical Centre
20 Jalan Chung Thye Phin 35, Jalan Medan Taiping 2
30250 Ipoh, Perak Taman Medan, 34000 Taiping, Perak
Tel : 05-2525333 Faks : 05-254326 Tel : 05-8067817 Faks : 05-8087818
5.
Taiping Medical Centre 6. Perak Community Specialist Hospital
No 45-49 Jalan Medan Taiping 2 277 Jalan Kampar
Medang Taiping, 34000 Taiping, Perak 30250 Ipoh, Perak
Tel : 05-8071049 Faks : 05-8063713 Tel : 05-2548918 Faks : 05-2554288
7.
Colombia Asia Taiping
No 5, Jalan Perwira,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8208888 Faks: 05-8208 999
SARAWAK

i

1.
Sarawak Medical Centre 2. Columbia Asia Medical Centre
ks : 085-425677

Lot 937 Section 30 KCLD Lot 498, Jalan Jee Poh 2
Jalan Abdul Rahman, 93050 Petra Jaya Off Jalan Bulatan Pujut, 58000 Mir
Tel : 082-440055 Faks : 082-442600 Tel : 085-428621 Fa

3.
Rejang Medical Centre 4. Timberland Medical Centre
No 29 Jalan Pedada Lot 5164-5165 Blok 16
96000 Sibu, Sarawak KCLD 2
Mile Rock Road
Tel : 084-330733 Faks : 084-327342
Taman Timberland, 93250 Kuching
Tel : 082-234466 Faks : 082-232259

5.
Kuching Specialist Hospital 6. Sibu Specialist Medical Centre
Lot 10420 Blok 11, 52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu
Tabuan Stutong Commercial Centre Tel : 084-218800 Faks : 084-219900
Jalan Setia Raja, 93350 Kuching
Tel : 082-3654777 Faks : 082-364666
7.
Bintulu Medical Centre
Lot 6009, Block 31
Kemena Land District
97000 Bintulu, Sarawak
Tel : 086-330 333 Faks : 086-330 777
SABAH

1.
Sabah Medical Centre 2. Damai Specialist Centre Sdn Bhd
Lorong Bersatu, Off Jalan Damai DSC Building, Lorong Tepus
Luyang, 88300 Kota Kinabalu Off Jalan Damai, 88300 Kota Kinabalu
Tel : 088-211333 Faks : 088-272622 Tel : 088-222922 Faks : 088-243540
3.
Rafflesia Medical Centre Sdn Bhd
Lot 5-8 Millenium Commercial Centre
Jalan Lintas Kepayan, 88200 Penampang
Tel: 088-272620 Faks : 088-272640

Tuesday, September 24, 2013

Kad CuepacsCare

                              KEISTIMEWAAN KAD CUEPACSCARE
KAD INI TINGGI NILAINYA !

CuepacsCare direka khas untuk menyediakan suatu perlindungan Penghospitalan & Pembedahan yang lengkap, manfaat-manfaat yang lebih dan kad kemasukan tanpa-kesulitan yang akan dapat memudahkan prosidur kemasukan ke panel hospital pakar swasta.

Kad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun boleh menggunakan kad ibu bapa.

Dengan Kad CuepacsCare, kemampuan membayar bil perubatan semasa kecemasan tidak lagi menjadi satu persoalan. Anda hanya perlu mengemukakan Kad CuepacsCare semasa hadir ke panel hospital pakar swasta untuk rawatan kemasukan.





CARA PENGGUNAAN KAD CUEPACSCARE







.......................................................................................................................................................................

Utusan Presiden CUEPACS


Terlebih dahulu, saya ingin merafak setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas persetujuan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kerana telah bersetuju menanggung bersama kenaikan kos perubatan Program CUEPACSCARE untuk Penjawat Awam. Keputusan ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa kerajaan pimpinan YAB telah menjana sumbangan yang cemerlang ke arah kesejahteraan hidup Penjawat Awam negara. Keputusan ini juga pastinya mendasari elemen ketelusan, keikhlasan serta keprihatinan mendalam yang menjadi kayu pengukur produktiviti Penjawat Awam ditingkatkan.Saya berdoa agar budi Y.A.B. sentiasa dirahmati dan kerajaan yang terus bersama rakyat. 

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare diperkenalkan oleh CUEPACS untuk memastikan Warga Penjawat Awam mendapat rawatan pakar dengan serta-merta di hospital pakar swasta dengan kadar sumbangan yang dimampui semua. Sehingga kini, lebih 44,000 Warga Penjawat Awam telah menerima rawatan di hospital pakar swasta melalui Program Takaful CuepacsCare dengan jumlah tuntutan yang telah menjangkau RM106,000,000.00.

Adalah menjadi harapan saya agar Warga Penjawat Awam akan terus menyertai Program Takaful CuepacsCare untuk melindungi kesihatan keluarga mereka dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Encik Azih Muda
Presiden CUEPACS




Pengenalan







Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit. 

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama SUN LIFE MALAYSIA Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB Aviva Takaful Berhad) dan Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.



...........................................................................................................................................................................................................................................................................
ASPIRASI PERDANA MENTERI
.............................................................................................................................................................................................................................................................................


"Kerajaan Malaysia menyokong usaha CUEPACS dalam membantu kebajikan Warga Penjawat Awam melalui Program Takaful Penghospitalan & Pembedahan CUEPACSCARE."


Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pada 1hb Mei 2014
Sempena Hari Pekerja Tahun 2014
Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman